SALAM KEMERDEKAAN KE-60
RINGKASAN
SEJARAH MALAYSIA
Sejarah Malaysia
dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400
Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian
besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah
kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan
antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia
Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut.
Pada tahun 1511,
Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu
berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda
pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan
paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu
yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan
pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit
menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat
perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British.
Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk
Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an
dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada
dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan
berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka
menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat
mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini
begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan
pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu
lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu
sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM)
untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan
memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British
mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960). Keganasan PKM tidak
berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya
British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union.
Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada
penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah
berkerajaan sendiri
RINGKASAN
SEJARAH MALAYSIA
Sejarah Malaysia
dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400
Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian
besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah
kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan
antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia
Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut.
Pada tahun 1511,
Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu
berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda
pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan
paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu
yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan
pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Beberapa individu bangkit
menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat
perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British.
Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk
Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an
dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada
dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, muncul golongan
berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka
menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi
masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti
Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat
mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri. Ketika rakyat negara ini
begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan
pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu
lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu
sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan
Nagasaki.
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar
harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya
membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan
pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian
London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa
Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah kemerdekaan dicapai,
timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan
Sabah, Sarawak dan Singapura.
Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
GAMBAR AKTIVITI MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1438H/2017M
Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini telah diadakan pada 16 Jun 2017 bersamaa 21 Ramadhan 1438H. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran semua warga BPAD dan pihak kelab telah menjemput penceramah yang terkenal iaitu YB Dato' Shamsul Najmi Bin Shamsuddin dengan ceramah bertajuk "KETUANAN RASULULLAH SAW".
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum wbt. Semua warga BPAD dijemput untuk memeriahkan Majlis Bacaan Yasin & Tazkirah pada minggu ini.